- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Handsome Boy

Siapakah yang kacak bergaya di atas? Haa…inilah sebenarnya datuk kepada Darwin. Darwin menganggap manusia berasal daripada beruk. Sudah ramai sarjana yang menolak teori ini. Apa yang menariknya ialah satu penemuan baru.

Aljazeera telah menyiarkan satu berita penemuan rangka manusia yang hidup 4,400,000 (4 juta 400 ribu tahun) yang lampau. Perjumpaan ini adalah hasil penyelidikan dari dua buah universiti , Kent State dan Univ California.

Jika penemuan ini benar, ia menunjukkan bahawa umur manusia ini lebih lama dari apa yang di gambarkan sebelum ini. Adapun teori Darwin tu tak kesah sangat kerana ianya bertentangan dengan nas alquran.

Quran menerangkan manusia dari Adam dan Adam berasal dari tanah. Adapun sesetengah orang yang ingin menyesuaikan teori Darwin dengan quran, lalu mengtakan bahawa manusia menjadi beruk dan menjadi manusia kembali, maka kita katakan kepada mereka bahawa kita tidak perlu bersusah payah mentakwilkan teori itu kerana ianya tiada sebarang sokongan ilmiah, itulah pemahaman alquran yang dianggap takkaluf iaitu memberat-beratkan kefahaman dalam perkara yang tidak disuruh.

Namun demikian di tengah-tengah semangat umat Islam menolak teori evolusi Darwin, maka mereka menolak juga teori evolusi yang berlaku kepada pokok dan haiwan lain. Mereka juga mengaitkan evolusi itu dengan pertentangan terhadap akidah Islam.

Sebenarnya teori evolusi pada haiwan dan tumbuhan tidak bertentangan dengan akidah Islam. Ini kerana nas quran dan hadis hanya menyebut asal usul kejadian manusia daripada Adam, adapun jika ada teori yang mengatakan zirafah bertengkuk pendek atau dahulunya adalah kuda dan kemudiannya tengkuknya menjadi semakin panjang sedikit demi sedikit kerana perubahan persekitaran, maka kepercayaan itu tidak sedikit pun menjejaskan akidah dan tidak bertentangan dengan Islam. Ini kerana perbincangan tidak termasuk dalam perkara agama dan tidak bertentangan dengan nas quran dan hadis. Persoalan apakah ianya benar atau salah dari sudut kajian kemanusiaan tidak boleh disamakan dengan sesuatu yang bertentangan dengan quran dan sunnah.
Akibat dari sebahagian sarjana kurang cermat dalam mengupas persoalan seperti ini, mereka telah meletakkan teori atau persoalan yang bukan berbentuk keagamaan sebagai persoalan agama yang tidak boleh dipertikaikan. Jika sifat ini tidak diubah maka umat Islam akan mengalami fenomena penguasaan golongan agama yang cuba menguasai penyelidikan dan memonopoli perkembangan pemikiran manusia.
Tindakan Harun Yahya yang menolak teori evolusi yang berlaku kepada binatang dan mengaitkannya dengan akidah Islam adalah sesuatu yang perlu diperbetulkan. Anda boleh menolak teori itu tapi untuk mengatakannya bertentangan dengan akidah maka ianya sesuatu yang tersasar. Sudah tentu sifat ini akan memudaratkan umat Islam dan akan membawa mereka kearah kemunduran yang di benci oleh agama suci ini.

Pandangan anda dihargai

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 2
  • 8
  • 11,823
  • 0