Hasrat Shahruddin tanding bebas tidak tercapai… |
Malaysiakini 3 Oktober 2009 |
Hasrat Shahruddin Abdul Hamid untuk bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, hari ini tidak kesampaian.
Beliau memasuki pusat penamaan calon di pejabat perbandaran Port Dickson untuk menyerahkan pencalonannya.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian, beliau keluar dari pusat penamaan calon selepas mendapati penyokongnya bukan dari Bagan Pinang. Semasa meninggalkan dewan itu, Shahruddin memberitahu pemberita yang beliau sedang mencari seorang penyokong dari kawasan DUN itu untuk menyokong pencalonannya.
Shahruddin tidak muncul lagi selepas itu.
Wacana Ilmuan:
Ada juga dalam dunia ni orang macam ni, eh eh eh…
Pandangan anda dihargai
kesian kapt din ni semangat ada tapi persiapan tak mencukupai tak belajar ke dari pengalaman yang lepas, kalau cam ni caranya tak yah lah perabis boras aja
nasib baik musuh tak serang malaysia…kalau tak, bantai tertinggl senapang kat kampung hari kita…
Niat ada, tetapi Allah menentukan.Jangan pandangan serong kelemahan seseorang. Sesungguh ada hikmah disebalik setiap kejadian.