- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar



Jawapan Al-Hadharah terhadap beberapa komen saya dalam keluarannya yang lepas:

BULETIN الحضارة~*BIL:68/Syawal 1430

AL – HADHARAH

Haruskah Politik Yang Meruntuhkan `Originality` Islam ?

Subhanallah! Maha suci Allah swt yang telah menurunkan Agama Islam. Sabda Nabi bermaksud `Islam itu tinggi, tidak ada yang lebih tinggi darinya` Rawahul Bukhori. Selawat dan salam penghormatan kita berikan kepada Nabi serta Rasul, Muhammad saw, kaum keluarga dan para sahabat Baginda yang dimuliakan semuanya insyaAllah.

Terlebih dahulu saya ingin memaklumkan kepada semua khalayak pembaca sekelian bahawa bicara kali ini, saya fikirkan perlu untuk kita kembali membincangkan perkara atau topik yang saya timbulkan dalam

Your browser may not support display of this image. buletin-buletin yang lepas terutamanya Bil 64 & 65 kerana apa yang saya dapati telah menjadi perbincangan beberapa orang individu yang tidak boleh saya nak `ignore` begitu sahaja terutama dalam blog Kedah Lanie dan blog seorang saudara kita dari Bangi.

Perlu diperjelaskan di sini, bukanlah niat perbincangan kali ini ataupun sebelum ini, malah insyaAllah yang akan datang untuk menabalkan sesiapa pun pemenangnya, yang kita akan angkatnya sebagai jagoan. Jika pun perlu untuk diangkat atau ditabalkan sebagai jagoan ialah pemikiran ummah itu sendiri yang perlu sedar bahawa merekalah paling berkuasa (selain Allah swt ) di bumi ini bukan `pemikiran rakyat` untuk menentukan untung nasib ummah sendiri. Pemikiran ummah yang bebas dari segala rangkaian belenggu tirani, thoghut, taasub, ulama` ussu` cari makan, jumud, jahil, jahat, berkepentingan yang bukan kepentingan ummah dan lain-lain lagi. Sebagaimana di dalam hadith yang bermaksud: “Dibawa ilmu ini (agama) dari setiap generasi (ke generasi lain) oleh golongan yang adil (pertengahan), mereka menyekatnya dari penyelewengan golongan pelampau, ciplakkan golongan pendusta dan tafsiran golongan jahil”

Dr Yusuf al-Qardhawi Buku Kebangunan Islam Di Antara Tentangan & Extremisme

Pertama, merujuk kepada saudara kita, difahamkan seorang pensyarah serta beberapa orang blogers yang memberi komentar dalam Kedah Lanie, meminta saya yang bukan ulama` supaya tidak terus mengupas persoalan-persoalan besar dalam agama seperti Negara Islam, kepimpinan Islam, Harakah Islam dan perjuangan Islam itu sendiri. Seterusnya ada yang menyatakan saya cuba menyuburkan kembali budaya mengkufurkan saudara sesama Islam (Nauzubillah..memang berat telahan yang telah disandarkan kepada tulisan-tulisan saya). Malah ada pula yang mungkin berfikiran sekular Artatuk mengisytiharkan `perang` dengan orang-orang yang seperti saya.

Walau apapun telahan mereka.. rakan, musuh atau saudara ummah sendiri, saya terpaksa menghadapinya jua kerana bukan kemampuan saya untuk mengubah `hati-perut` seseorang. Sebagai seorang individu ummah yang insyaAllah berpegang dengan tunjuk ajar Nabi saw dan generasi awalan, walaupun saya memang bukan dari kalangan ulama` tetapi saya berkeyakinan berdasarkan pengetahuan saya yang serba sikit, tidak pernah ada larangan untuk setiap ummat dari berfikir dan berbincang dari yang sekecil-kecil perkara sehinggalah yang sebesar-besar perkara di dalam ajaran Islam.Yang adanya ialah tuntutlah ilmu dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad, berguru dan bertanyalah kepada yang lebih tahu. Kerana Islam itu hak ummah dan untuk menjaga kepentingan ummah, maka ummat Islamlah yang lebih berhak untuk `memungut` kembali barangan (ilmu) yang telah hilang darinya selama ini, di mana saja ummah menjumpainya.

Bagi saya kebenaran mutlak itu hanya Allah swt sahaja yang mengetahuinya. Tetapi bagi kita sebagai makhluk belajar, berfikir, berbincang, pembacaan, tulisan dan sebagainya adalah jalan-jalan untuk mendekatinya dengan izin Allah. Seorang Arab Badwi bebas memberikan pandangannya kepada Rasul saw, seorang individu ummah marhean pernah menghunuskan pedangnya di depan Khalifah Umar sebagai amaran kepada penjaga amanah. Kebebasan bersuara ummah dengan kepimpinan ummah (pemimpin) satu hal yang berlainan tetapi ada kaitan jangan terkeliru. Kebebasan bersuara ummah tidak boleh disekat atau disakat maupun untuk disekeh, ianya perlu disuburkan. Baru ummah sentiasa terjurus untuk menjadi lebih cerdik dan matang bagi memilih pemimpin-pemimpin dikalangan mereka. Pada ketika itu, bila orang-orang yang matang dan cerdik-cerdik belaka memilih tentulah yang `tip-top` menjadi pilihan mereka. Sebab itu sampai bila pun demokrasi tak akan sama 100% dengan ajaran Islam. Mereka mengeksploitasi suara orang ramai yang lemah dan kurang cerdik bukan nak bagi orang ramai sentiasa cerdik.

Fahaman yang membeza-bezakan atau mengujudkan kasta-kasta atau protokol-protokol tertentu bagi menyekat manusia berfikir serta berbincang perihal agama untuk kepentingan manusia sejagat hanya ada dalam ajaran jahiliyyah seperti Kristian, Hindu dan segala ajaran kufur. Mereka cuba menyekat kerana mereka takut manusia tidak akan menyembah dan menafikan `ketuhanan` atau kekuasaan mereka di atas bumi ini. Mereka takut dan cemas jika manusia beriman hanya kepada Allah swt sahaja tanpa sekutu-sekutu lagi. Segala sistem yang mereka pertahan dan sayang itu tidak akan terpakai akhirnya..

Seterusnya kepada mereka yang mempertahankan juga sistem demokrasi yang berjalan di Malaysia dan beranggapan perjuangan politik mereka untuk menguasai parlimen boleh merealisasikan cita-cita mengujudkan Negara Islam walaupun bercanggah dengan sunnah yang Nabi saw tunjukkan iaitu menolak tawaran menguasai parlimen Mekah (Darun Nadwah) tetapi berusaha dan membangunkan Daulah Islam Madinah dengan usaha serta titik peluh keimanan dan keyakinan ummah sendiri. Golongan yang masih menganut fahaman ini bagi saya, sebenarnya begitu lama `tertidur`.. kemudian apabila terjaga lalu bingkas bangun dan mendapati kuasa pemerintahan ummat Islam telah hilang dari tangan ummah.

Ummah secara keseluruhannya seperti `kerasukan` atau tidak sedarkan diri bagaikan orang mabuk, dengan budaya asing atau pengaruh barat dan kebendaan terlebih dahulu lagi (sebelum kehilangan), dalam keadaan yang begitulah sebenarnya mereka `kehilangan` kuasa politik tersebut. Keadaan ini menjadikan mereka terpinga-pinga dalam separa sedar, mereka menyangka bahawa langkah pertama mereka mestilah mendapatkan kuasa politik itu kembali. Sebenarnya ummah harus menyedari kuasa politik yang hilang itu bukan yang pertama, bukan yang pertama tetapi yang terakhir sekali hilang atau terlepas ke pihak musuh!

Jadi untuk ummah seluruhnya mendapatkan kembali semuanya itu perlulah kita mulai dari titik atau garis permulaan kita yang sebenarnya. Sebagaimana semua permulaan seruan para Nabi dan Rasul kepada ummat mereka dahulu. Seruan mentauhidkan Allah swt, membina kembali kekuatan ukhuwah dan semua asas-asas kehidupan ummah. Sebab itu ulama`-ulama` terdahulu yang sedar mereka enggan menghimpunkan angka-angka `0` jika banyak mana sekalipun didarabkan `0` = 0 hakikatnya. Buletin al-Hadharah Bil 11

Golongan ini masih percaya untuk mengembalikan semua kehebatan serta kegemilangan Islam yang telah sirna itu dengan mengambil terlebih dahulu politik atau pemerintahan ummat ke tangan mereka sedangkan kuasa pemerintahan Khilafah Othmaniyyah yang hilang di awal kurun ini adalah yang terakhir sekali jatuh dan terlepas. Kekuasaan Islam yang terlepas atau jatuh tersebut bukan seperti benda atau barangan yang boleh kita pungut semula begitu sahaja kerana untuk mengembalikan semula kekuasaannya itu perlulah mengikut peraturan fitrahnya kembali `back to the starting point`.Lihat kembali, susun semula bagaimana Nabi saw, generasi awalan asaskan perjuangan sehingga dinikmati ummat beribu tahun lamanya. Barulah ketentuan Allah swt mengkehendaki Khilafah Othmaniyyah itu jatuh sebagai pengajaran dan iktibar bagi ummat.

Maaf atas keterbatasan ruang dan insyaAllah saya akan sambung semula perbincangan ini pada keluaran seterusnya. Dari Ibnu Ramadhan. “qulil haq walau kana murron“

-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-

Diterbitkan oleh: Penerbitan Sanaabel No 8A, Kg Permatang Saga, Pinang Tunggal 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P.Pinang M`sia. Tel:016 4282156 email: p.sanaabel@gmail.com atau layari blog kami: http://sanaabel.blogspot.com/

WACANA ILMUAN:

Saya rasa tak ada apa yang perlu saya jawab kerana telah saya sentuh dalam ulasan saya yang lepas, point sama saja. Saudara kita masih menggunakan terma yang sama, sapa yang berminat lihat dalam komen-komen saya yang lepas
Pandangan anda dihargai

2 thoughts on “”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 0
  • 2
  • 13,382
  • 0