- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Ustaz Produk: Fenomena membimbangkan

Bila masa pula ada nama jawatan ustaz produk? Sebenarnya gelaran ini hanya rekaan sahaja. Ini kerana akhir-akhir ini saya lihat makin ramai ustaz-ustaz yang dulunya berceramah dan terkenal dengan kupasan terhadap isu-isu agama dan kemasyarakatan, tiba-tiba bertukar menjadi duta produk kepada barangan komersial seperti makanan, barangan kosmetik dan sebagainya.

Mengapa pula saya katakan fenomena ini sesuatu yang membimbngkan? Bukankah beniaga itu sumber rezeki yang halal dan nabi sendiri masa remajanya seoang peniaga yang berjaya? Sejak bila pula para ustaz dilarang terlibat dalam perniagaan?

Saya rasa soalan-soalan itulah yang akan anda ajukan kepada saya sebaik saja membaca tajuk diatas. Tidak pelik juga mungkin soalan-soalan yang lebih kasar mungkin diajukan kepada saya oleh para ustaz produk tersebut. Maklumlah ianya melibatkan individu-individu ikon masyarakat, lebih-lebih lagi iaya melibatkan pendapatan.

Sebelum saya mengulas lebih lanjut polemik ini, ingin saya katakan ada beberapa perkara yang perlu kita sepakat terlebih dahulu. Pertama: Isu yang akan saya ulas ini bukannya isu yang ada dalam ayat quran atau hadis secara jelas dan terang melarangnya, apa yang ada hanya kupasan dan pandangan dalam perkara yang tidak dijelaskan secara qatie oleh nas. Ianya satu medan perbincangan, dimana pandangan dan pendapat boleh diterima dan ditolak.

Kedua: Perkar yang kita kena sepakati dan sememangnya telah kita sepakati ialah golongan agama bukannya manusia yang maksum dan terpelihara dari kesilapan dan kesalahan. Menegur ustaz, ulamak atau mana-mana tuan guru, bukanlah satu perkara biadab atau menentang agama yang seringkali dimomokkan dengan balasan bala segera atau musibah yang akan menimpa sesiapa yang melakukannya. Bahkan nasihat-menasihati secara harmoni adalah satu tuntutan agama dan kerja mulia yang mesti dibuyakan oleh kita semua insyaallah. Bersambung…..
Pandangan anda dihargai

About The Author

2 thoughts on “”

  1. takut ada unsur penipuan or keraguan

    contoh ada sekali tu saya nampak produk cd kamus ada muka madiha(bdk spm byk A) dia ckp kamus ni byk bantu dia masa spm. tapi dia kan miskin mcm tak caya je leh ada laptop or pc nak tengok kamus cd ni. so nampak byk keraguan. sama lah ustz2/zah yang jadi produk. mgkn diorang tak tau tapi syarikat produk tu yang tipu, last2 nama org agama gak yang buruk

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 2
  • 8
  • 11,823
  • 0