- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Gempar 35 sejadah berdiri di surau
Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.

Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.

Wacana Ilmuan:

Sekali lagi berita ini menjadi buah mulut media di negara kita. Terkejut juga lipuatan yang dibuat oleh TV3 menunjukkan sejadah-sejadah yang dikatakan misteri.

Saya tidak tahu apakah tujuan cerita ini disebarkan. Apakah untuk mengalih pandangan masyarajat daripada sesuatu isu atau hanya sekadar untuk melariskan akhbar. Untuk menganggap perkara seperti ini misteri, maka ianya tidak termasuk dalam kotak pemikiran saya.

Bagi saya para ulamak kena buat kenyataan. Para mufti kena segera mengejutkan rakyat yang sedang hanyut dengan cerita misteri dan hantu. Pada saya , jika sekiranya dadah diharamkan kerana boleh menghilangkan akal, mempercayai kepercayaan seperti ini juga boleh menghilangkan akal. Dimanakah akal orang kampung yang percayakan keajaiban dalam perkara remeh ini?

Saya tetap menganggap kepercayaan seperti ini disebabkan oleh faktor aliran khurafat yang luas tersebar dalam masyarakat. Ada beberapa faktor mengapa khurafat tersebar dengan suburnya:
1-Media yang menayangkan cerita hantu dan tayul. Bayangkan semenjak adanya TV cerita hantu dan khurafat pun disebarkan dengan berleluasa.

2-Saki-baki ajaran agama syirik. Bila seseorang memeluk Islam, maka tidak semua jahiliah akan tercabut dalam dirinya. Untuk menjadi seorang muslim yang baik dia memerlukan ilmu, pengorbanan dan amalan. Saki-baki jahiliah itu tidak masih tidak tercabut kesemuanya dalam masyarakat kita. Ada juga yang telah tercabut disesetengah zaman tetapi kembali tertanam disebabkan kejahilan.

Keadaan ini terasa sangat bila saya masuk menemui orang asli, kita meninggalkan mereka Islam seadanya, proses menggilap keislaman mereka memerlukan usaha berterusan dari generasi ke generasi.

3-Sebab yang paling penting dan bahaya ialah sebab ketiga ini. Iaitu peranan orang-orang agama. Tidak kira orang agama tu betul-betul alim atau orang yang berpakaian agama tetapi jahil. Khurafat tersebar atas nama agama. Ini kerana ramai orang ugama yang saki-baki kepercayaan karut masih menebal. Seorang kawan ingin membuat liputan untuk menyediakan rancangan misteri TV, dia ingin menemuramah seorang yang berjawtan tersohor (saya tak dapat sebutkan disini), salannya ialah betulkah burung cenderawasih mempunyai kuasa ajaib. Jawapan ‘orang alim’ ni ialah : ooo saya tak dapat jawab sebab untuk mengetahuinya memerlukan ilmu yang tinggi!!!

Inilah yang saya katakan saki=baki jahiliah yang masih ada. Sebenarnya amat mudah untuk membuat keputsan terhadap soalan tersebut. Tapi, apakan daya jahiliah dan khurafat masih menguasai pemikirannya.

Kerana sudah rimas dengan tajuk seperti ini, maka saya akn memperuntukkan perbincangan mengenai alam ghaib bagi beberapa hari. Muga-muga selepas itu segala persoalannya boleh menjadi rujukan yang mudah. Insyaallah.
Pandangan anda dihargai

About The Author

6 thoughts on “”

  1. Salam Ustaz….. Harap Ustaz dapat mengupas isu2 berkenaan alam ghaib ni dengan panjang lebar…..

    Terlalu banyak kepercayaan khurafat dalam agama kita ni…. nampak nya didorong oleh kenyataan dari sesetengah ustaz pondok dan ustaz bomoh yang suka cari glamour dengan mengulas cerita begini bukan dalam bentuk ilmiah tapi mengikut kegemaran pendengar…..

    Golongan yang kurang percaya cerita misteri ni dengan senang akan dituduh tidak yakin dengan kuasa Allah (cetek imannya)dan Allah suruh kita berfikir… kata mereka..

  2. Tak kisah la betul atau tidak, tapi persoalan lebih penting ialah apa signifikannya pada iman dan takwa kita? betul tak ustaz?

  3. Media malaysia semakin mengarut. Tayangan filem/drama hantu yang mensyirikkan secara berleluasa. Berita tentang sejadah berdiri yang diheboh-hebohkan (padahal tak penting pun). Rosak pemikiran anak-anak muda. Betul kata ustaz. Ulamak Malaysia perlu mengambil bahagian dalam perkara ini. Bukan hanya membutakan mata…

  4. assalamualaikum…maap mncelah, bukan niat utk mbangkang artkel2 ustz, cuma skdr pndngan seorg y doif..
    berbalik kpd sjadah2 y solat 2, bg ia suatu y ptut d war2kan pd msyrakat ats alsn stuasi msyrkat d mlysia skrg y boleh d ktakan truk dlm soal2 Ketuhanan..knp? biarlah mrka ini bfkir, knp smpai pd suatu thp Sejadah boleh solat? tdkkah ia mnunjukkn kbsaran Allah?
    sy mersakan semua ykin n pcya bhwa smua makhluk mnymbah Allah..so, knp x sjdh? wlaupun pd pndgn ksrnya ia cptaan mnsia, tp hkikat kjadian sjdh jga dr Allah.
    jadi pd pndgn sy, tiada khurfatnya pkra trsbut. memg bnr Ulama plu mbuat knyataan, tp knyataan tsbut ialah btapa pntngnya solat shhga Allah mmrntahkan sjdh untk mberikan pngjaran pd mnusia..

    wallahu a'lam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 2
  • 6
  • 11,798
  • 0