- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Amal Jama’i

Soalan:
Apa hukum amal jama’i? Apa pula hukum amal fardi?

Jawapan:
Mungkin ramai juga pembaca laman ini yang tak tahu apa itu makna amal jama’i. Sebenarnya amal jama’i ini bermaksud terlibat dengan persatuan atau pertubuhan. Apakah hukumnya wajib atau tidak. Persoalan ini timbul apabila disana terdapatnya hadis sahih muttafaq alaih bermaksud ‘bergabunglah dengan jemaah Islam dan pemimpinya.

Kumpulan-kumpulan Islam di Malaysia dan seluruh dunia menjadikan hadis ini sabagai satu bukti wajibnya individu muslim menyokong mereka, tidak peliklah ada kumpulan yang menfasikkan orang tidak menyokong kumpulan mereka.Apakah pendapat sarjana Islam dalam hal ini?

Para sarjana Islam tidak bersepakat dalam isu ini. Mereka terbahagi kepada beberapa aliran:

Pandangan Pertama:
Amal Jama’i dalam bentuk kumpulan dan jemaah yang berbagai adalah bidah, ini kerana:

i-hadis-hadis yang ada tidak bermaksud menubuhkan jemaah seperti yang dilakukan pada hari ini, bahkan jemaah yang dimaksudkan ialah perkumpulan umat Islam yang memberi ketaatan kepada kepimpinan Islam yang mempunyai kuasa dan pengaruh.

ii- Perbuatan menubuhkan jemaah-jemaah yang berbagai ini telah membawa kepada perpecahan umat Islam dan pertelingkahan yang tidak berkesudahan dan melemahkan sokongan kepada kepimpinan negara Islam yang berkuasa dan mempunyai pengaruh.

iii-Hadis dari Huzaifah bin Yamaan yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Orang bertanya nabi s.a.w. tentang kebaikan dan aku bertanya baginda s.a.w. tentang kejahatan kerana takut terjatuh kedalamnya….jika tiadak ada jemaah dan imam? Sabda nabi s.a.w: Jauhilah kumpulan-kumpulan itu semuanya.

iv-Jemaah yang diwujudkan akan mengundang kecelakaan perpecahan dan dalam masa yang sama menyenangkan muasuh-musuh Islam menghentam kumpulan yang lemah ini. Oleh itu baiah terhadap jemaah adalah bidah yang tidak pernah dilakukan leh salafu soleh dan baiah hanya dilakukan kepada pemimpin Islam yang berkuasa sahaja. Antara sarjana yang berpendirian begini ialah Dr Solah Shawi dalam bukunya Jamaah Muslimin dan Bakr Abu Zaid dalam bukunya Hukm al Intima’ Li al Ahzab wa al Jamaat al Islamiah

Pandangan anda dihargai

About The Author

3 thoughts on “”

  1. Assalamualaikum.
    Salam perkenalan di alam cyber. Alhamdulillah ana jadi orang pertama untuk pengkomen di posting ini. Bagus sekali ust memberikan pendedahan kapda umum tentang amal jamaie. Tapi kenapa hanya diletakkan pandangan pertama. Mungkin lebih baik diletakkan terus pendapat-pendapat lain sekiranya ada agar lebih mudah difahami bagi pembaca baru blog ini seperti saya.

    Asrul-FP

  2. salam ustaz. terima kasih
    ingat kan amal jam'i amalan secara berjemaah amal fardi buat sorang2
    ada dengar bayan tabligh: amalan seorang diri macan sebutir pasir, amalan secara berjemaah macam padang pasir
    komen ustaz?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 2
  • 6
  • 11,798
  • 0