(Chinook 47)
Tajuk di atas menceritakan nasib tentera Amerika yang menggempur Afghanistan. Walaupun terdapat lebih 100,000 orang tentera penjajah, namun penentangan yang ditunjukkan oleh Taliban akan menjadi kebanggaan yang akan tetap dikenang oleh sejarah.
26Oktober 2009adalah hari paling malang bagi tentera Amerika. Bilangan askar paling ramai mati dalam sehari tercatat pada terik tersebu semenjak penjajahan Afghaniastan.
Sumber Amerika mengatakan bahawa kekuatan Taliban berjumlah 25,000 orang diseluruh pelusuk Afghanistan. Setiap kali helikopter mereka terhempas, kenyataan yang dibuat ialah berlaku kerosakan atau perlanggaran. Mereka amat takut untuk mengakui bahawa mereka tidak dapat menguasai susana dan gagal menangkis serangan pejuang Taliban.
Presiden Amerika pula sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menggantikan Hamid Kharzai dengan keldai tunggangan lain yang dilihat boleh menguasai suasana. Akibatnya keputusan pilihanraya lepas dianggap tidak sah dan disahkan berlaku penipuan.
Mengapa Amerika benar-benar mahu menguasai Afghanistan? Kesian rakyat Amerika yang memang rata-ratanya benci kepada peperangan. Mereka ditipu oleh pemimpin mereka. Mereka diberitahu bahawa Afghanistan melindungi al Qaeda dan sumber pengeluaran dadah dunia.
Pada hakikatnya ada beberapa sebab penting kerajaan Amerika benar-benar ingin menguasai Afghanistan:
1- Laluan minyak.Kedudukan Afghanistan akan menyebabkan Amerika dapat menguasai laluan minyak yang penting.
2-Amerika tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada bonekanya di Saudi kerana bimbang jika perubahan mendadak berlaku dalam kepimpinan Saudi akan melumpuhkan kekuatan Amerika.
3-Menguasai Afghaanistan bererti mengepung Iran dan Pakistan yang kedua-duanya merupakan kuasa nuklear.
4-Peperangan akan menjamin pelaburan berbilion dollar akan terus menjana keuntungan dan ujian terhadap teknoloji baru. Dalam peperangan ini Amerika telah menggunakan kapalterbang tanpa pemandu yang boleh melancarkan peluru berpandu.
tanpa pemandu, membawa peluru berpandu,
pengesan bunyi, dapat mengambil gambar waktu malam.
Obama telah dimaklumkan bahawa Taliban tidak akan dapat dikalahkan walau seramai manapun tentera asing dihantar ke Afghanistan. Untuk itu Amerika sedang mengkaji cara memecahkan saf Taliban dari dalam. Antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan menawarkan perkongsian kuasa antara puak Taliban dan puak pro Amerika. Sudah tentu tawaran ini jika diterima oleh sebahagian Taliban akan menimbulkan kemarahan terhadap haluan radilkal dalam kumpulan itu. Kat mana Amerika belajar strategi baru ni? Kat Malaysia kot.
yang digeruni oleh tentera bersekutu di Afghanistan
kalau ikut cerita rakan2 kita di Palestin, kadang2 pesawat Israel ada yg ditembak jatuh (walaupun tak keluar paper)…tapi yg peliknya (sebenarnya tak pelik pun) pejuang2 Palestin tidak mempunyai senjata canggih utk menembak jatuh pesawat tersebut…dan bila ditanya dgn tentera Israel yg pernah ditawan oleh Hamas..mereka katakan ada tentera berbaju putih yg menyerang mereka..sedangkan Hamas memakai baju warna hijau..wallahualam
Amerika tidak akan putus asa untuk menawan Taliban. Allah tetap akan membantu tentera Islam menghapuskan musuh.