Setelah kita tengok pandangan-pandangan dari ulamak, maka mungkin ada juga yang bertanya, habis apa kesudahannya? Tidak kurang juga yang menyalahkan ulamak lalu berkata: Ini masalah ulamak Islam, tak pernah bersatu.
Melalui pengamatan saya ada beberapa sebab berlakunya perselisihan ulamak yang jika difahami mungkin akan membawa kepada kefahaman yang lebih tepat:
1-Hadis iltazim jamaatal muslimin. Bermaksud lazimilah jamaah muslimin.
Ramai yang memahami hadis ini secara tidak tepat. Mereka menganggap hadis ini mewajibkan seseorang muslim untuk berpegang dengan jemaah, kumpulan atau persatuan tertentu. Sebenarnya jamaah muslimin yang dimaksudkan oleh hadis ialah hendaklah kamu bersama orang-orang Islam. Sememangnya seorang muslim itu mestilah mewala’kan muslimin. Menyertai perkumpulan mereka dan menjandi benteng kepada kaum muslimin yang lain. Selagi mana sesuatu kumpulan itu benar akidahnya sahih amalannya maka merekalah perkumpulan orang muslin yang diberitahu oleh rasul s.aw.
2-Pada zaman nabi, nabi bergerak dalam bentuk jemaah sehinggalah beliau memerintah dan pemerintahan beliau disambung oleh khulafa al rashidin. Begitulah seterusnya pemerintah Islam silih berganti dari semasa kesemasa. Berlaku juga berbagai perkumpulan umat Islam dalam memperbaharui penghayatan umat Islam terhadap agamanya.
3-Orang yang paling ketara sekali membawa perubahan dalam amal jama’i ialah Hasan al Banna. Ini kerana beliau bukan sahaja menyeru kearah amal jama’i tetapi telah mewujudkan organisasi yang tersusun dan menamakannya dengan Ikhwan Muslimin.
Zaman itu juga menyaksikan penjajahan kuasa Eropah terhadap dunia Islam. Aktivis Islam ketika itu menganggap gerakan Islam telah menggantikan peranan pemimpin negara Islam. Ini kerana mereka menganggap pemerintahan Islam telah tumbang dengan tumbangnya kerajaan Othmaniah. Tanggapan ini sebenarnya boleh di perbincangkan lagi. Saya tidak mahu membincangkan apakah tindakan mereka itu betul kerana perbincangannya panjang. (Kalau ada yang berminat saya boleh bincangkan lain kali).
Yang saya mahu jelaskan disini ialah hubungkait antara situasi ketika itu dengan tanggapan bahawa menganggotai gerakan Islam adalah wajib. Ikhwan Muslimin meminta dari penyokongnya bai’ah sebagaimana Rasulullah mengambilnya daripada para sahabat. Pemikiran ini jugalah yang tersebar dalam gerakan Islam di kebanyakan tempat termasuk di Malaysia.
Kumpulan yang menganggap amal jama’i adalah bid’ah lahir dari tanggapan mereka bahawa negara yang diperintah oleh pemimpin Islam masih lagi negara Islam dan merekalah yang berhak mendapat taat setia daripada rakyatnya. Disebabkan kebanyakan gerakan Islam bersifat anti pemerintah maka mereka menganggap tindakan tersebut bertentangan dengan Islam. Kerana pada mereka negara masih Islam dan pemimpin Islam tidak boleh ditentang oleh rakyatnya.
Saya berpendapat amal jamaa’i adalah satu bentuk amal yang perlu diberikan penekanan. Umat Islam perlu disedarkan dengan pentingnya penggabungan kerja dan tugas. Ini kerana pengalaman puluhan tahun menunjukkan bahawa sesuatu perkara yang dilakukan secara berkumpulan adalah lebih baik kesannya.
Namun demikian saya berharap agar gerakan Islam melakukan beberapa perubahan:
1-Tidak menganggap negara yang ada adalah negara sekular atau tidak Islam berdasrakan pemerintah Islam dan penerimaan negara terhadap agama Islam. Menganggap negara sebagai tidak Islam adalah negetiv dan banyak merugikan umat Islam sendiri.
2-Meluaskan skop amal jama’i yang dituntut oleh syarak. Syarat melakukan amal jama’i bukanlah bila seseorang itu menganggotai kumpulan-kumpulan tertentu sahaja. Bahkan amal jama’i adalah meliputi keseluruhan gerak kerja memartabatkan Islam dalam berbagai aspek secara berkumpulan atau berpersatuan.
3-Asas bagi amal jama’i ialah sumbangan kearah memartabatkan Islam, bukannya mewujudkan budaya bertenggek diatas sesuatu gerakan tanpa melakukan apa-apa sumbangan. Ramai juga ahli gerakan Islam yang merasa tanggungjawab mereka hanyalah menjadi penonton tidak lebih dari itu.
Hamba Allah..
Ustaz apa pandangan ustaz mengenai gerakan di Universiti ini..seperti Abim,Karisma, Isma dan sebagainya..Ada pula yang menyatakan gerakan mereka yang lebih sempurna, gerakan lain kurang sempurna…..Ada pula macam tarik tali..minta ustaz ulas sedikit.
ya