- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Amal Jama’i (4)

Di sini, saya mahu sentuh sikit tentang kepentingan amal jama’i. Cuma saya nak gunakan istilah lebih mudah iaitu persatuan, jamaah atau kumpulan. Terlibat dengan persatuan atau jamaah ni memang penting. Penting kepada student, penting juga kepada orang ramai dalam kehidupan biasa.

Berjamaah membuang sikap individualistik. Tak heran bila kita lihat ramai orang yang banyak ilmu tapi tak pandai berkawan. Yang dia tahu ialah aku dan aku. Orang yang macam ni tak akan dapat membina kekuatan umah. Mungkin solatnya baik tapi ukhuwah takde. Kalau bab kepentingan masyarakat, membantu, memberi amat lemah. Berjemaah akan mengajar semua ini.

Kehidupan kita penuh cabaran, kadang-kadang kita gembira dan kadang-kadang kita sedih. Kita mungkin senang tapi kita juga dirundung malang. Kita memerlukan orang yang rapat diwaktu kita senang supaya dapat mengawal kita daripada terlarut dengan kesenangan. Kita perlukan sahabat sewaktu sedih bagi memberi semangat dan semuanya wujud dalam perkumpulan dan jemaah.

Kita juga diajar oleh jemaah unuk melakukan kepada sahabat kita apa yang kita perlukan daripada mereka. Memberi dan menerima. Kita belajar menghormati sebelum kita minta dihormati. Kita belajar berkorban demi sahabat dan saudara seagama, kita belajar bahawa harta dan dan kelebihan yang ada pada diri kita adalah aset yang perlu dikongsikan dengan ramai orang.

Dengan persatuan kita dapat buat kerja-kerja yang tak mungkin dapat dilakukan seorang diri. Nak buat bangunan pun tak boleh buat secara individu, masakan pula kerja-kerja umah.

Persatuan mengajarkan kita kepimpinan. Mengajar kita bahawa tugas manusia bukan sahaja sekadar membina kerjaya, tapi tugas besar ialah untuk menjadi manusia lebih kedepan setiap bakat pun dicungkil setiap kebolehan dipupuk.

Saya lihat diluar sana ramai orang yang ingin menyumbang pada Islam tetapi tak tahu apa mereka perlu buat. Ini kerana mereka melihat diri mereka secara individu. Kalau mereka berpersatuan sudah tentu mereka akan lebih terpimpin.

Kelemahan orang yang berjemaah:
Berikut ini pula saya berikan beberapa kelemahan yang sering terkena kepada orang yang berjemaah atau mengikuti sesuatu kumpulan:

1- Meletakkan kumpulan lebih tinggi dari Islam. Contohnya tentantang ukhuwwah dan persaudaraan. Ramai orang yang aktif dengan sesuatu pertubuhan mengabaikan ukhuwah dan berkasih sayang dengan orang yang bukan dari kumpulan mereka. Sifat mulia yang mereka belajar dalam persatuan dan jemaah habis setakat dalam kumpulan mereka saja. Tidak hairanlah jika kumpulan mereka dibenci oleh orang yang tidak menjadi anggota walaupun amat disayangi oleh ahli-ahlinya. Sebenarnya ukhuwah Islam mengatasi kumpulan dan puak, jemaah hanya tempat belajar berukhuwah.

2- Taksub kepada kumpulan. Siafat ini memang mudah wujud bila jemaah menfokuskan jemaah lebih dari pendidikan ahli dan sumbangan. Pernah satu ketika masing-masing menganggap persatuan lain tidak lengkap dan tidak sempurna, yang sempurna dan wajib dianggotai ialah kumpulan kita. Sebenarnya itulah nafsu yang terpaksa dilawan dalam meniti kehidupan.

3-Memperalatkan kumpulan untuk kepentingan diri. Satu nafsu yang wujud cukup kuat dalam berpersatuan dan jamaah ialah nafsu untuk menjadikannya sebagai alat. Alat untuk mendapat pengaruh, alat untuk berniaga dan sebagainya. Dalam mana-mana persatuan ada orang macam ni, yang penting unsur-unsur ini perlu diketepikan seboleh mungkin.

4-Kasta dalam jamaah. Ini satu masaalah juga. Orang kaya-kaya akan diberikan tempat dan keistimewaan sebab mereka boleh menaja itu dan ini walaupun komitment mereka teruk. Ahli biasa tidak dihormati atau dipergunakan untuk buat kerja-kerja berat dan dianggap hina. Akhirnya jamaah jadi macam syarikat sendirian berhad.

5-Satu kelemahan yang paling ketara ialah apabila seseorang berada dalam satu-satu kumpulan, dia mudah terkongkong pemikirannya dengan satu trend pemikiran sahaja, contohya jika dia terlibat dengan kumpulan yang mengambil pendekatan politik, maka keseluruh masaalah dilihat melalui perspektif politik. Kumpula yang mengambil pendekatan dakwah misalnya sering menganggap pendekatan politik tidak penting atau salah. Sebenarnya ianya tidak demikian. Semua pendekatan adalah perlu dan sesuatu kumpulan tidak mampu melakukan semua perkara.

Pandangan anda dihargai

2 thoughts on “”

  1. Alhamdulillah tuan…saya amat berterima kasih atas info ini…dan Alhamdulullah sekali lagi…jemaah saya yang terakhir ini tidak seperti yang dinyatakan…sudah banyak jemaah yang saya sertai, memang benar ada unsur2 yg tuan nyatakan..berikut adalah untaian kata-kata mutiara musyid kami, dan saya memohon kpd tuan untuk memberikan pendapat mengenainya..apa saja akan saya terima dengan lapang dada.

    Untaian mutiara
    1. jgn berhenti beramal dan bekerja walau disakiti
    2. jgn membenci ulamak sezaman
    3. harus menyayangi org yg membenci kamu
    4. jgn mencari salah orang dan murid kumpulan lain
    5. jgn membandingkan pengajaran orang lain

    terima kasih tuan, pandangan tuan amat saya hargai

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 0
  • 7
  • 13,907
  • 0