- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Osama Ben Laden: Antara Kegigihan dan Pengorbanan

Hari ini Presiden Obama mengistiharkan tentera Amerka berjaya membunuh orang yang paling dikehendaki oleh negara itu, Osama Ben Laden. Kali ini saya bukan mahu menyebut sejarah perjuangan Ben Laden atau kewajaran pembunuhan itu. Sebagai seorang Islam, saya tidak rela saudara seislam dibunuh oleh Amerika, jika beliau bersalah, sudah tentu mahkamah yang perlu memutuskan hukumannya.

Apa yang saya mahu kupas dalam coretan malam ini ialah syaksiah Ben Laden. Salah satu kehebatan Ben Laden ialah kecekalan beliau dalam melakukan apa yang dirasakannya betul. Beliau melihat jalan keluar dari kehinaan yang dipikul oleh umat Islam hari ini ialah dengan cara jihad bersenjata.

Apa yang menariknya ialah Ben Laden bukannya seorang yang hanya berfalsafah tetapi beliau turut berindak melakukan apa yang diyakininya. Bukan itu sahaja, Osama dengan gigih dan bersusah-payah cuba mengotakan apa yang tersirat dalam hati beliau.

Ayah Osama telah meninggalkan kekayaan sebanyak USD300,000,000 kepada beliau. Kekayaan sebanyak itu tidak dipandang tinggi oleh Osama bila ianya bertentangan dengan cita-cita dan perjuangan dirinya. Wang itu banyak dijadikan alat untuk beliau mendapat pengaruh di depan negara-negara Arab. Akibanya beliau sangat dipandang tinggi oleh pemimpim-pemimpin arab dipermulaan hidup beliau.

Walaupun memiliki kekayaan itu, beliau bertindak meninggalkan bumi Arab Saudi dan mendapat perlindungan di Sudan. Tindakan itu dilakukan setelah beliau banyak mengkritik kerajaan Saudi dan kelalaian pemimpinnya. Setelah kerakyatan Saudi dilucutkan dan kerajaan Sudan tidak lagi berminat melindungi Osama, beliau membawa diri ke Afghanistan. Disana beliau menentang Soviet Union sehingga salah satu gergasi dunia itu rebah tersungkur.

Setelah ketiadaan Sovieat Union, Amerika pula terpaksa ditentang, di zaman penentangannya terhadap Amerika, kerajaan Pakistan yang dulunya kawan telah bertukar menjadi lawan. Kerajaan Pakistan bukan sahaja cuba membunuh Osama, bahkan turut membunuh kabilah-kabilah Pakistan yang dikatakan melindungi beliau.

Salah satu kehebatan Osama ialah beliau berjaya menjadi idola kepada orang-orang yang membenci penjajahan dan secara lebih khusus Amerika. Puluhan ribu pemuda dari seluruh pelusuk dunia menjadi kader pejuang al-Qaedah. Pertubuhan al-Qaedah dari sudut tanzimnya mengamalkan operasi tidak berpusat.

Sifat ini menyebabkan sesiapa sahaja yang mempunyai ideologi sama dan bertindak menyerang kepentingan Amerika akan mendakwa mereka mereka sebagai al-Qaedah. Keadaan ini akan menyukarkan mana-mana pihak keselamatan atau perisikan untuk menghapuskan mereka.

Para pemuda yang kehausan kepimpinan ini menganggap Osama adalah individu yang berpegang pada perinsip dan perjuangan, beliau telah meninggalkan kekayaan dan kesenangan lalu memilih perjuangan.

Para pemuda seperti ini sememangnya melihat ramai para ulamak yang hanya bermain kata-kata dan menggarap isu-isu cari makan yang tidak membawa apa-apa kepada perubahan nasib umat. Di tengah-tengah kesedihan inilah mereka menjumpai individu Osama.

Kecacatan Osama ialah beliau mengimani jalan kekerasan semata-mata, tidak dengan cara demokrasi dan tidak juga dengan demostrasi. Apabila demostrasi jalanan yang dipelopori oleh rakyat Arab membuahkan hasil, ramai juga penyokong Osama dan pengikut aliran Salafi jihadiah mula melihat semula kewajaran tindakan mereka.

Terdahulu, Osama juga menghadapi krisis keluarga kerana sebahagian besar mereka memandang Osama sebagai orang yang berbahaya. Walaupun mempunyai 18 orang anak, sebahagian mereka tidak menyokong Osama sementara sebahagian anak-anaknyayang lain tidak diketahui di mana mereka berada kerana mereka sentiasa menjadi buruan.

Walau apapun yang berlaku, kematian Osama adalah salah satu dari siri kisah kehidupan yang menarik, mungkin juga suatu hari nanti beliau akan disanjung, walaupun hanya sebagai seorang yang pernah berani menghunus senjata di depan gergasi dunia.

Jika Osama yang berada pada aliran yang dianggap salah oleh ulamak muktabar boleh memperjuangkan ideologi beliau dan berkorban kerananya, mengapa pula kita yang berada pada garis lurus sering pula memutarkan kata-kata dan begitu pandai bermain irama. Kitalah yang lebih perlu untuk lebih serius dan bersungguh-sungguh memimpin umat kearah menggapai kejayaan dan kemakmuran. Contohilah Osama pada kegigihan dan pengorbanannya bukan pada sifat radikalnya.

Pandangan anda dihargai

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 8
  • 11,823
  • 0