*TADABBUR WAHYU SIRI 869* *Surah al-Maidah: 64* *Bentuk-bentuk Kejahatan Yang Membinasakan (2)* - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


*TADABBUR WAHYU SIRI 869* *Surah al-Maidah: 64* *Bentuk-bentuk Kejahatan Yang Membinasakan (2)*

*TADABBUR WAHYU SIRI 869*

*Surah al-Maidah: 64*

*Bentuk-bentuk Kejahatan Yang Membinasakan (2)*

وَقَالَتْ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمْ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الأَرْضِ فَسَادًا وَاللَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ.

  1. Dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Tangan Allah terbelenggu (bakhil – kikir)”, tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Ia kehendaki; dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.

Dalam ayat ini beberapa sifat kaum Yahudi disebut oleh Allah sebagai peringatan kepada orang beriman agar tidak meniru sifat buruk tersebut yang mampu mencetuskan kekacawan dan huru-hara dalam masyarakat

Sifat-sifat tersebut ialah : melampau batas, kufur, berpecah belah, bersengketa, mencetuskan peperangan, melakukan kefasadan. Kesemua sifat-sifat ini adalah sifat yang keji dan menjadi sumber kepada kelemahan masyarakat.

  • Melampau batas dengan tidak menghiraukan apa yang digariskan oleh syarak, tidak mengambil peduli nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan.
  • Kufur terhadap ayat-ayat Allah dan kufur terhadap apa yang dibawa oleh utusan Allah.
  • Berpecah-belah dengan membawa permusuhan sesama sendiri dan menbawa perpecahan kepada masyarakat Islam serta manusia seluruhnya.
  • Bersengketa dengan menimbulkan perbalahan dan permusuhan.
  • Mencetuskan peperangan dan fitnah yang membawa kepada permusuhan dan menumpahkan darah terutamanya kedalam masyarakat Islam yang sedang membangun.
  • Melakukan kefasadan dan kerosakan ketika mereka menguasai sesuatu keadaan, dengan itu mereka suka membawa kemusnahan kepada alam dan manusia.

 

Ustaz Dr Rosli Mokhtar

www.drrosli.com

 

4 Rejab 1444

26 Januari 2023

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:

TADABBUR WAHYU SOLUTION (Am Bank 8881052306539) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 6
  • 0
  • 12,808
  • 0