Hari demi hari beredar, tanpa disedari telah berlalu 10 tahun saya telah meninggalkan bumi Maghribi. Masa mula-mula mendarat, tak ada apa sangat yang berubah. Kesibukan bandar Casablanca dan sedikit pemodenan yang berlaku memang seperti tempat-tempat lain dalam dunia yang semakin hari semakin ramai penghuninya.
Ditengah-tengah keghairahan saya mencari apa yang berubah, nampaknya dengan agak mudah juga untuk saya menanggapi satu perubahan ketara pada gelagat manusia disini. Fenomena perempuan memakai hijab nampaknya begitu ketara. KALAU 10-20 tahun lampau fenomena memakai hijab hampir tidak ada dikalangan perempuan muda disini, tapi hari ini fenomena pakaian seksi pula menjadi asing. Bukan 100 peratus perubahan berlaku tapi yang ada amat menyeronokkan saya sebagai seorang muslim.
Di tengah kesibukan saya menyambut tetamu dan menziarah kesana sini, secara terpaksa saya sempat juga membawa anak-anak ke pantai Ain Ziab, amat menakjubkan, sifat lama yang amat buruk dengan meniru gaya orang eropah amat berkurangan.
Sekali lagi saya amat terkejut bila ke masid yang biasa solat disana, kalau dulu jemaahnya hanya orang tua dan tak sampai satu saf, tapi kini solat setiap waktu hampir menyamai solat Jumaat!
Terima kasih kepada gerakan Islam yang siang malam berusaha keras menghidupkan penghayatan dan kefahaman Islam, bila saya perhatikan, maka nampaknya banyak sekali langkah dan pendirian positif yang diambil oleh mereka, masih ingat lagi saya pada hari-hari yang agak perit bila kami terpaksa sembahyang diatas rumput diperkarangan kuliah, teringat lagi saya pada hari-hari dimana trak polis menunggu didepan masjid untuk mencari mangsanya.
Walaupun begitu setiap gerakan Islam sudah tentu sentiasa berdepan dengan cabaran demi cabaran mengikut tabiatnya yang tersendiri. Persoalan saya ialah mengapa kebangkitan Islam di Malaysia tidak diikuti dengan masid yang penuh seperti solat jumaat pada waktu solat 5 waktu?
Pandangan anda dihargai
Maaf cakap ustaz…ada ahli2 dalam gerakan Islam di Malaysia yang solat berjemaahnya tidak terjaga…ada yang masih melakukan perkara2 makruh malah mungkin juga perkara2 yg haram..juga kurangnya amalan sunat..
Oleh itu tidak hairanlah jika gerakan Islam di Malaysia belum mendapat pertolongan Allah sepenuhnya..
Saya berdasarkan pada kisah para Sahabat ketika mengalami masalah untuk menang peperangan menentang Rom dahulu..apabila dicari puncanya..Umar Al Khatab berpendapat mereka masih tidak mendapat bantuan Allah kerana saf solat mereka tidak lurus serta tidak bersugi..
Bila di semak dgn keadaan kita sekarang..rasanya kita lebih teruk dan jauh dari keadaan Sahabat dahulu..dan selayaknya bantuan Allah itu masih belum tiba sepenuhnya…
Betul ke pendapat saya ini Ustaz?
Assalamu'alaikum
Pandangan saya, golongan yang menggelarkan diri mereka gerakan islam di Malaysia lebih mahir memburuk2 pemerintah & mencari salah silap pihak lain. Mereka tak berfikir utk membaiki keadaan umat, berusaha menyelamatkan umat yg terlalai. Mereka terlalu taksub dgn semangat kepartian sampai buta utk membezakan kepentingan umat islam dgn kepentingan parti.
saya tak pasti kesahihan cerita tak bersugi menyebabkan kalah perang, pada dasarnya cerita tu bertentangan dgn perinsip syariah,ini kerana dalam perang banyak perkara diringankan kerana suasana terdesak, contohnya diharuskan menyimpan kuku, solat khauf dan nabi serta para sahabat berbuka puasa untuk menguatkan diri mereka ketika berperang. kalau itu dilakukan oleh nabi maka masakan pula tak bersugi dibalas dengan kekalahan sedangkan sugi sunat sahaja.
terima kasih ustaz, kerana beri komen kpd pendapat saya di atas..masalahnya.. cerita tak bersugi dan kalah perang tersebut ada juga disampaikan di kuliah2 agama di surau2 dan masjid2..orang yg jahil mcm saya ni biasanya akan terima saja apa yg disampaikan..maklumlah yg bercakap itu adalah ustaz..nampaknya saya kena lebih berhati2..tetapi saya yakin ustaz yg menyampaikan kuliah tersebut pun tidak berniat jahat tetapi dia sendiri tidak buat "homework" lebih utk menyemak kesahihan cerita sebegini..wallahualam
kebanyakannya begitulah, kadang2 sebab tahab pendidikan, kadang2 sikap. ramai org yg suka mengulang apa yg telah diwarisi dgn tidak menilai sendiri…harap2 kita boleh berubah..amin